Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
10 kampung di Sabah dipilih
Published on: Sunday, May 01, 2022
Published on: Sun, May 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
10 kampung di Sabah dipilih
HAJIJI menyampaikan cenderahati Menara Jam Tuaran kepada Mustapha.
Tuaran: 10 kampung di Sabah dipilih untuk fasa pertama Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) yang akan bermula bulan ini (Mei).

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor percaya program yang dimulakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri akan membantu menangani isu kemiskinan tegar di Sabah.

Advertisement
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed kerana memilih Kampung Penimbawan di Sulaman sebagai antara 10 kampung di Sabah untuk fasa pertama program itu.

“Sebagai wakil rakyat kawasan itu, saya bersyukur kerana Penimbawan dipilih untuk program ini,” kata Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata Penimbawan, sebuah lokaliti di kawasan pilihan rayanya, dahulu merupakan perkampungan air tetapi beliau telah mengambil inisiatif dengan bantuan Kerajaan Persekutuan untuk menempatkan semula rumah-rumah di situ ke darat.

Ketua Menteri berkata demikian pada taklimat BMTKM Kampung Penimbawan di Pejabat Daerah di sini, Sabtu.

Advertisement
Pada taklimat itu Mustapha memberitahu Hajiji bahawa 23 ketua isi rumah miskin tegar (KIRT) telah dipilih di Penimbawan.

Di bawah BMTKM, setiap KIRT akan diberi bantuan yang disesuaikan dengan profesion pilihan mereka.

Advertisement
Di Penimbawan, kebanyakan peserta memilih untuk terus menjadi nelayan manakala ada yang mahu menceburi bidang madu kelulut (madu lebah tanpa penyengat), penternakan ayam dan itik di samping pengusaha kedai runcit sebagai profesion mereka.

Menurut Mustapha, 20 lagi kampung di Sabah akan dipilih untuk BMTKM di bawah fasa kedua dan ketiga tahun ini.

Sehingga 15 April lalu, EPU di Jabatan Perdana Menteri telah menyenaraikan 196,640 ketua keluarga di Malaysia dalam kategori isi rumah miskin tegar (KIRT).

“Tertinggi ialah Sarawak dengan 58,611 KIRT diikuti Sabah dengan 31,598, 28,553 (Kelantan) dan 15,964 di Kedah.

“Di bawah inisiatif yang digariskan dalam Belanjawan Persekutuan 2022 yang dibentangkan Perdana Menteri, Kerajaan mahu mengisytiharkan Malaysia sebagai negara sifar miskin tegar menjelang akhir 2025,” katanya.

Mustapha berkata Kerajaan Persekutuan menyasarkan untuk melaksanakan BMTKM di 1,000 lokaliti di seluruh negara dalam tempoh tiga tahun akan datang.

KIRT dalam kategori miskin tegar adalah mereka yang mempunyai jumlah pendapatan bulanan isi rumah di bawah RM1,200.

Selain Penimbawan, lokaliti lain di Sabah yang dipilih untuk fasa pertama BMTKM ialah Kampung Penangah di Tongod; Kampung Bongkol (Pitas); Kampung Sembirai (Kota Belud); Kampung Tandek (Kota Marudu); Kampung Pelakat (Sipitang); Kampung Binsulok (Beaufort); Kampung Tetabuan (Beluran); Kampung Kaingaran (Ranau); dan Kampung Lima (Nabawan).

Turut hadir pada taklimat itu ialah Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here