KOTA BELUD: Berang akibat disaman, seorang penganggur nekad mengugut dan menyerang anggota polis trafik di Pekan Kota Belud di sini, Sabtu lalu.Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahruddin Mat Husain (gambar) berkata, kejadian berlaku pada jam 10.55 pagi ketika anggota polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud menjalankan Op Selamat dan Op Lancar.
Advertisement





