Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelakon akan berjalan 240km untuk fail saman lindungi harimau Malaya
Published on: Thursday, May 05, 2022
Published on: Thu, May 05, 2022
By: Nicholas Chung, FMT
Text Size:
Text:
Pelakon akan berjalan 240km untuk fail saman lindungi harimau Malaya
Sharifah Sofia Syed Hussein selepas mendaki Gunung Panti Barat di Johor, baru-baru ini. (Gambar Facebook Sharifah Sofia)
PETALING JAYA: Seorang pelakon akan berjalan kaki kira-kira 240km dari taman negara di Pahang ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan saman bagi melindungi harimau Malaya.

Sharifah Sofia Syed Hussein akan memulakan perjalanannya esok, dari pintu masuk Sungai Relau di taman negara di Merapoh, Pahang dan dijangka tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur seminggu kemudian pada 13 Mei.

Advertisement
Sharifah Sofia, yang membintangi filem seperti “Pisau Cukur”, sedang memohon deklarasi daripada Mahkamah Tinggi bahawa harimau Malaya akan pupus dalam tempoh 10 tahun akan datang kerana penebangan hutan.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan dinamakan sebagai responden.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, beliau ingin melakukannya sejak Dewan Rakyat diberitahu pada November lalu bahawa harimau Malaya akan pupus dalam sedekad akan datang sekiranya “tiada tindakan luar biasa” diambil.

Poster berjalan kaki Sharifah Sofia yang bermula 6 Mei ini.

“Saya bekerja dalam bidang pendidikan luar sebelum ini dan empat tahun lalu, saya menjelaskan bahawa kita hanya mempunyai kira-kira 500 ekor harimau yang hidup dalam hutan. Apabila saya mengetahui kurang 150 ekor yang masih tinggal dalam hutan sekarang, saya amat risau dan pasti perasaan sama turut dirasai ramai rakyat Malaysia.

Advertisement
“Saya berharap dengan (kempen) berjalan kaki ini, ia dapat menyebarkan lebih banyak kesedaran supaya perkara ini dipandang serius. Tindakan hanya akan diambil selepas ia tular (di media sosial) atau menjadi topik perbincangan ramai.

“Saya berharap ini akan menjadi perbualan ramai – tiada pilihan lain selain tindakan serius dan mampan diambil,” katanya.

Advertisement
Walaupun hanya beliau dan “pasukan keselamatannya” yang memulakan perjalanan, sesiapa sahaja boleh menyertainya pada bila-bila masa. Sharifah Sofia menyasarkan untuk berjalan 30km hingga 40km sehari.

“Sepatutnya ada sekumpulan daripada kami, tetapi atas sebab peribadi, mereka tidak dapat menyertai saya dari awal. Sebaliknya, mereka akan menyertai saya dari semasa ke semasa sepanjang perjalanan saya.

Sharifah Sofia (kiri) menyertai kempen pembersihan pantai di Morib, Sepang baru-baru ini. (Gambar Facebook Sharifah Sofia)

“Mendapat sokongan rakyat Malaysia akan memberikan kepuasan dan saya akan berasa seronok mempunyai seseorang untuk berborak sepanjang perjalanan,” katanya.

Harimau Malaya, yang merupakan simbol negara Malaysia, adalah satu daripada sembilan subspesis harimau itu, dengan empat daripadanya telah pupus.

Sebelum ini, FMT melaporkan Malaysia kehilangan 90% daripada populasi harimaunya sejak 70 tahun lalu dan kini kurang 150 ekor yang masih hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here