Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Delegasi budaya Sarawak warnai pelancaran Kaamatan
Published on: Friday, May 06, 2022
Published on: Fri, May 06, 2022
Text Size:
Text:
Delegasi budaya Sarawak warnai pelancaran Kaamatan
ROMBONGAN dari Sarawak itu mempersembahkan kemahiran tradisional di Monumen Tambunan.
Kota Kinabalu: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan menyifatkan kehadiran rombongan 72 Dayak Sarawak di mana 60 dari mereka memakai ‘Sirat’ sebagai menambahkan lagi warna-warni pelancaran Kaamatan tahun ini.

“Kehadiran mereka ke Sabah menunjukkan perkaitan kukuh budaya kesyukuran tuaian padi yang mana di Sabah disambut melalui Kaamatan manakala di Sarawak melalui Gawai,” katanya yang juga Pengerusi Penganjur Kaamatan Peringkat Negeri.

Advertisement
Sebaik tiba di Tambunan, rombongan yang diketuai Peter John Jaban itu disambut oleh Atama Katama, Duta Budaya Pertubuhan Antarabangsa Dayak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rombongan berkenaan kemudian berarak ke Taman Pisompuruan untuk mengetahui elemen budaya di Monumen Gombunan dan Tamadon.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ketika bercakap kepada rombongan, Atama menyambut baik kehadiran mereka dengan menyifatkannya sebagai suatu ikatan persahabatan dengan delegasi Sarawak yang melibatkan wanita dari Miri, Sibu, Lundu dan Kuching.

Di pintu masuk Memorial Tambunan, rombongan Sarawak dan Sabah disambut hangat dengan irama gong Tambunan.

Advertisement
“Bobolian dari Mopot turut menjemput rombongan ke monumen untuk memberi penghormatan tradisi ke atas ketokohan Gombunan dan Tamadon bagi menghargai sejarah Tambunan,” kata Atama.

Program diteruskan dengan majlis hidangan sireh pinang, menyedut tembakau tradisional dan minum lihing sebagai simbol perpaduan orang asal Sabah dan Sarawak yang kemudian diikuti madah laungan kepahlawanan tradisi.

Advertisement
Terdahulu, rombongan berkenaan yang berarak berkaki ayam dengan pakaian penuh tradisi disambut ratusan masyarakat Murut di Tenom ke venue yang dihoskan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang.

Kemudian rombongan itu mengunjungi Batu Sumpah Keningau sebagai sebahagian daripada pembelajaran budaya tentang sejarah perjuangan orang asal Sabah di Keningau ketika pembentukan Malaysia.

Rombongan berkenaan disertai orang ramai dan dikawal anggota polis untuk menjamin keselamatan selama berada di daerah-daerah pedalaman,” kata Atama.

Rombongan budaya itu dijadual meneruskan lawatan dua hari ke Penampang di mana penduduk Kipouvo menyaksikan persembahan tarian, muzik, hidangan tradisional orang asal Sarawak dan tato suku etnik sebelum balik ke Miri 4 Mei.

Lawatan empat hari ke Sabah itu dilaksanakan atas restu Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Persembahan Kesenian Sarawak Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here