Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa ambil dadah berulang
Published on: Friday, May 06, 2022
Published on: Fri, May 06, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa ambil dadah berulang
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 31 tahun didakwa mengambil dadah berulang kali.

Michael Wong Cheng dibawa ke hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, untuk menghadapi pertuduhan pada Khamis.
Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Wong selepas pertuduhan dibacakan.

Wong didakwa mengambil dadah itu pada jam 12.55 pagi pada 3 Mac tahun ini selepas air kencingnya didakwa positif dadah, di balai polis bandar raya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia mempunyai dua rekod sabitan untuk kesalahan mengambil dadah.

Kesalahan mengikut Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 memperuntukkan hukuman penjara antara lima dan tujuh tahun, dan sebat, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Mahkamah menetapkan 2 Jun ini untuk sebutan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Wong sementara menunggu tarikh itu.

Semasa prosiding itu, Wong memaklumkan mahkamah bahawa dia ingin diwakili peguam.

Advertisement
Sementara itu, seorang lelaki dipenjara lima bulan dan diperintahkan menjalani hukuman sebat kerana memasuki negeri ini secara haram.

Amiruddin Anwar mengaku masuk ke negeri ini tanpa dokumen yang sah.

Dia ditahan selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri pada 21 April tahun ini di kawasan bandar raya.

Mahkamah memerintahkan Amiruddin menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap.

Selepas menjalani hukuman penjara, Amiruddin diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here