Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pamer tanda harga, elak pengguna keliru: Persatuan
Published on: Saturday, May 07, 2022
Published on: Sat, May 07, 2022
Text Size:
Text:
Pamer tanda harga, elak pengguna keliru: Persatuan
Kota Kinabalu: Presiden Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat, David Chan meminta semua peniaga untuk mempamerkan tanda harga bagi setiap barang jualan untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna.

Katanya, tanda harga adalah satu perkara penting yang harus dititik beratkan sebelum operasi perniagaan dimulakan kerana pengguna boleh meneliti dan membuat perbandingan sebelum membuat pembelian.

Advertisement
“Pengguna perlu tahu harga untuk barang yang peniaga jual, tidak boleh biar saja barang disusun tanpa diletakkan tanda harga.

“Pengguna nanti ambil barang, tidak tahu harga, bila sampai di kaunter mahu bayar dengan juruwang, harga pula barangkali di luar kemampuan dan memberikan masalah kepada pengguna serta peniaga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kerana inilah pentingnya label atau pamerkan tanda harga barang jualan,” katanya.

David berkata demikian dalam kenyataan media di sini pada Jumaat.

Advertisement
Dalam pada itu, David turut menyeru pihak Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk membuat pemantauan berkala lebih kerap bagi memastikan peniaga mempamerkan tanda harga.

“KPDNHEP perlu pantau dengan lebih kerap, kerana penjual kadang kala lalai dan menganggap perkara ini (pamer tanda harga) sebagai sesuatu yang tidak penting.

Advertisement
“Pengguna sudah lama menyuarakan masalah ini dan sampai kini kita lihat, masalah ini masih ada dalam kalangan peniaga dan pengguna,” tambahnya. David berkata, peniaga juga perlu sentiasa peka dan tidak bersikap terlalu mengejar keuntungan tanpa memikirkan hak dan masalah dari sudut pengguna.

“Kita faham sekarang harga barang makanan, bahan mentah agak tinggi dan naik harga berikutan pelbagai masalah yang melanda dunia, namun perlu ada sifat timbang rasa dan tidak tamak dalam mengejar keuntungan.

“Peniaga dan pengguna perlu sama-sama saling mendapat manfaat dan menyokong satu sama lain kerana peniaga memerlukan pengguna untuk memberi dari mereka dan begitu juga dengan pengguna yang memerlukan peniaga untuk memberi barang keperluan harian,” jelasnya.

Dalam pada itu, David juga menasihati pengguna untuk tampil membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan urus niaga jual beli keperluan seharian.

“Jika ada masalah, pengguna diminta untuk buat aduan dan pihak bertanggungjawab akan pasti segera bertindak untuk mencari jalan penyelesaian terbaik,” tambahnya.

Berkaitan isu bekalan gula di Sabah yang habis di musim perayaan, David turut meminta kerajaan untuk sentiasa memandang serius isu kekurangan bekalan makanan mentah dan bahan masakan di musim perayaan.

“Bekalan makanan asas seperti gula, minyak masak, dan banyak lagi tidak wajar terputus terutama pada musim perayaan kerana kita sedia maklum bila musim perayaan permintaan untuk gula dan keperluan asas lain bertambah.

“Sangat tidak wajar jika stok bekalan makanan mentah dan bahan asas makanan serta minuman terputus.

“Saya harap masalah ini dapat diteliti dan diselesaikan dengan lebih efisien oleh kerajaan dan semoga masalah sebegini tidak berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here