Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Usno parti komponen baharu GRS
Published on: Monday, May 09, 2022
Published on: Mon, May 09, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Usno parti komponen baharu GRS
Hajiji dan pemimpin-pemimpin lain pada mesyuarat itu. - Foto oleh JKM
KOTA KINABALU: Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno) hari ini diterima masuk sebagai parti komponen baharu Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata keputusan berkenaan diputuskan mesyuarat Majlis Tertinggi GRS yang dipengerusikannya hari ini.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata permohonan sama daripada tiga parti lagi iaitu Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP), dan Parti Cinta Sabah (PCS) buat masa ini masih belum diputuskan.

“Kita amat menghargai permohonan mereka (KDM, LDP dan PCS) untuk sertai GRS, namun kita secara konsensus berpendapat perlukan sedikit masa untuk berinteraksi dan tingkatkan persefahaman, kita perlu kenal antara satu sama lain dengan lebih baik dahulu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Permohonan mereka diterima satu dua bulan yang lepas, tetapi rasionalnya kita terima USNO kerana memohon lebih setahun lalu, bagaimanapun kita juga akan libatkan KDM, LDP dan PCS dalam aktiviti GRS nanti,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Turut hadir Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah (Star) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, dan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee.

Advertisement
GRS yang didaftarkan sebagai gabungan politik rasmi Mac lepas dianggotai Bersatu Sabah, PBS, Star, SAPP dan  terbaharu Usno hari ini.

Ditanya mengenai kerjasama dengan PN, Hajiji secara ringkas berkata tumpuan buat masa ini adalah untuk memantapkan kerjasama antara parti komponen GRS.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here