Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kes denggi meningkat di Labuan, HFMD terkawal
Published on: Tuesday, May 10, 2022
Published on: Tue, May 10, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Kes denggi meningkat di Labuan, HFMD terkawal
LABUAN: Sepuluh kes denggi dilaporkan di Labuan setakat ini tahun ini, peningkatan 100 peratus berbanding sepanjang tahun lepas yang hanya mencatatkan lima kes, menurut Jabatan Kesihatan Labuan.

Pengarahnya Dr Ismuni Bohari (gambar) berkata Kg Layang-Layangan telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi susulan kebanyakan kes berlaku di situ.

Advertisement
“Situasi membimbangkan jika tidak dikawal memandangkan musim hujan sekarang dengan longkang tersumbat menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan mencetuskan wabak,” katanya kepada Bernama pada Isnin.

Beliau menggesa masyarakat setempat supaya memastikan persekitaran mereka bebas daripada tempat pembiakan nyamuk.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mengenai kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang merupakan jangkitan biasa dalam kalangan kanak-kanak, beliau berkata ia masih terkawal walaupun beberapa kes dilaporkan baru-baru ini.

Mengenai Covid-19, beliau berkata hanya satu kes dilaporkan di pulau bebas cukai itu pada Jumaat, menjadikan jangkitan kumulatif kepada 21,309 kes.

Advertisement
Tiada kluster baharu dikesan.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes Covid-19 yang pulih adalah 21,065.

Advertisement
Dr Ismuni berkata saringan Covid-19 masih dijalankan terhadap pelawat dari Brunei di terminal feri Labuan dan pelawat antarabangsa di Lapangan Terbang Labuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here