Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pembaharuan perlu untuk tingkat ekonomi Labuan
Published on: Tuesday, May 10, 2022
Published on: Tue, May 10, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pembaharuan perlu untuk tingkat ekonomi Labuan
LABUAN: Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Labuan menggesa pembaharuan ekonomi di pulau bebas cukai itu untuk meningkatkan ekonominya agar menjadi lebih inklusif dan berdaya tahan. Presidennya Datuk Dahlif Singh (gambar) berkata Labuan memerlukan pengembangan ekonomi yang stabil bagi meningkatkan standard hidup, merancakkan aktiviti ekonomi dan menyediakan akses lebih meluas kepada perkhidmatan awam.

Advertisement
“Kita amat memerlukan pembaharuan ekonomi yang akan meningkatkan pertumbuhan, menambah baik persekitaran perniagaan perusahaan kecil dan sederhana dan meningkatkan hasil kerajaan untuk dilaburkan dalam prasarana serta menambah perbelanjaan dalam perkhidmatan kesihatan dan sosial bagi memastikan masa depan lebih cerah kepada masyarakat setempat dan komuniti perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Dahlif berkata sudah sampai masanya bagi ketua-ketua perniagaan termasuk dewan perniagaan tempatan dan ahli politik tanpa mengira ideologi untuk berganding bahu menganjurkan persidangan meja bulat perniagaan inklusif pertama bagi Labuan.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita perlu ada kumpulan pemikir efektif untuk menjalankan penyelidikan berkaitan topik seperti dasar sosial,  strategi politik dan ekonomi dan membentangkannya kepada persidangan meja bulat perniagaan bagi pembaharuan ekonomi Labuan yang mampan.

“Ketua perniagaan dan ahli politik perlu mengadakan sesi sumbang saran mengenai cara bagaimana untuk menangani keadaan getir ekonomi Labuan sekarang yang berdepan dengan isu pengangguran, kelembapan dan kekurangan pelaburan langsung asing (FDI),” katanya.

Advertisement
Menurutnya, Labuan memiliki potensi ekonomi yang besar yang mana selain dikenali sebagai pulau bebas cukai ia juga merupakan hab minyak dan gas serta pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa (IBFC).

“Labuan terletak strategik di rantau Kawasan Pertumbuhan Asean Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan mempunyai ciri-ciri yang menjadikan pulau ini berkedudukan baik bagi mencatatkan perkembangan ekonomi yang pesat,” katanya.

Advertisement
Dahlif berkata dengan Petronas Methanol telah beroperasi di pulau itu selama beberapa dekad, sudah sampai masanya bagi syarikat minyak nasional itu menceburi industri hiliran yang akan mempunyai kesan limpahan ke atas ekonomi Labuan dan mewujudkan peluang pekerjaan. “Walaupun Labuan berhasrat untuk mengurangkan pergantungan tradisinya kepada sektor minyak dan gas, dan meningkatkan industri pembuatan, ia agak sukar dilakukan terutamanya dengan sektor swasta masih enggan untuk melabur, justeru pihak berkuasa tempatan perlu lebih proaktif dalam isu ini,” ujarnya.

Beliau menambah, sebagai hab minyak dan gas di rantau ini  dengan hampir 100 syarikat multinasional (firma berkaitan minyak dan gas antarabangsa) beroperasi di sini, Labuan masih mempunyai potensi untuk terus dibangunkan bagi menarik pelaburan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here