Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
‘Keharmonian kukuhkan perpaduan’
Published on: Tuesday, May 10, 2022
Published on: Tue, May 10, 2022
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
‘Keharmonian kukuhkan perpaduan’
BEAUFORT: Rakyat berbilang kaum wajar mengharmonikan kesefahaman antara kaum kerana itu adalah asas kepada kestabilan negara, kata Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, Ruslan Muharam.

“Ini kerana jika rakyat yang terdiri berbilang kaum tidak harmoni dan berlaku pergeseran, maka sudah tentu akan berlaku kekacauan dan negara ini tidak akan aman,” katanya.

Advertisement
Ruslan yang juga Adun Lumadan berkata demikian semasa merasmikan Persatuan Murut Binta (Sandewad) di Kampung Melalugus, Ahad lepas.

“Sikap toleransi penting bagi mengekalkan perpaduan kaum kerana negara ini hanya akan boleh diurus tadbir jika toleransi kuat dan kukuh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Justeru perpaduan antara kaum di negeri ini, dan negara amnya, menjadikan negara ini aman dan damai dengan rakyat saling hormat menghormati antara satu sama lain,” katanya.

Beliau bangga kerana kewujudan komuniti Murut Binta yang terdiri daripada suku kaum Murut, dan perlu bekerjasama dengan etnik lain supaya keharmonian itu terus terjalin.

Advertisement
“Walaupun kewujudan suku kaum Murut di daerah ini sudah agak lama iaitu sejak pemerintahan Kesultanan Brunei lagi, namun tidak semua orang tahu perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan penubuhan itu, barulah identiti Murut Binta dapat ditonjolkan kerana nama ini memang tidak ada dalam senarai sub-etnik Murut Sabah seperti yang dikeluarkan oleh Persatuan Murut Sabah.

Advertisement
Ruslan berkata beliau juga difahamkan bahawa Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah telah menghantar empat penyelidik untuk membuat penyelidikan khusus tentang sub-etnik Murut Binta pada Mac lalu.

Sementara itu, Ruslan mahu semua etnik di daerah ini untuk menonjol kebudayaan masing-masing di satu lokasi, iaitu di bangunan Kebudayaan Bisaya.

“Bangunan ini akan dijadikan perkampungan merangkap pusat kebudayaan melibatkan semua etnik di daerah ini termasuk Persatuan Masyarakat Brunei Sabah, Kadazan Dusun Murut dan juga Murut Binta selain Persatuan Bisaya Bersatu Sabah,” katanya, menambah ia merupakan satu produk pelancongan untuk memperkenalkan daerah ini kepada pelancong.

Hadir sama Pengerusi Persatuan Murut Binta Daerah Beaufort, Kaslian Pungut dan Ketua Anak Negeri, Jaimis Digi. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here