Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Meilaura, Shelen buat penampilan sulung di Sukan SEA
Published on: Wednesday, May 11, 2022
Published on: Wed, May 11, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Meilaura, Shelen buat penampilan sulung di Sukan SEA
MEILAURA (kedua dari kiri) bersama (dari kiri) timbalan presiden SBBA Alik Makim, Joannes dan bendahari Jeffrey Thaddeus.
Kota Kinabalu: Atlet bina badan Sabah Meilaura Doro Jimmy dan Shelen Aderina Kok akan membuat penampilan sulung di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam hujung minggu ini.

Mereka yang merupakan hanya dua wakil wanita dari kontinjen Malaysia akan bersaing dalam acara Terbuka Wanita pada Ahad (15 Mei).

Advertisement
Meilaura, yang memenangi dua emas dalam Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia WBPF ke-12 di Tashkent, Uzbekistan tahun lalu dan Shelen turut mengambil bahagian dalam acara Berpasangan Campuran.
Meilaura akan berpasangan dengan Buda Anak Anchah sementara Shelen bergandingan dengan Melvern Abdullah dan pertandingan itu dijadualkan untuk diadakan selepas terbuka wanita pada hari sama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.

Shelen

Presiden Persatuan Bina Badan Sabah (SBBA), Joannes Staneslous berkata pada Selasa bahawa mereka bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh badan kebangsaan untuk memasukkan kedua-duanya dalam pasukan Sukan SEA.

Advertisement
“Kami sangat bangga dua atlet bina badan kita dipilih untuk mewakili Malaysia.

“Ini adalah kali pertama dalam sejarah kita mempunyai dua wakil wanita di Sukan SEA. Saya berharap mereka akan melakukan dengan baik dan membanggakan negeri dan negara dengan membawa pulang pingat,” katanya.

Advertisement
Tambahnya kedua-dua atlet itu bertolak ke Kuala Lumpur beberapa hari lebih awal untuk menyertai kontinjen negara sebelum berlepas ke Vietnam. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here