Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Alasan lompat parti demi rakyat terlalu klise – Azhar
Published on: Wednesday, May 11, 2022
Published on: Wed, May 11, 2022
Text Size:
Text:
Alasan lompat parti demi rakyat terlalu klise – Azhar
Kota Kinabalu: Alasan digunakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi bahawa beliau ‘melompat parti demi rakyat’ adalah alasan murahan dan terlalu klise, kata Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Warisan, Azhar Matussin (gambar).

Menurut Azhar, majoriti rakyat tahu tindakan melompat parti adalah untuk kepentingan politik sendiri, bukannya untuk rakyat.
Advertisement
Katanya, bukannya mudah untuk menjadi wakil rakyat yang jujur serta setia kepada mandat rakyat sekali gus mengutamakan perjuangan parti dan rakyat demi memartabatkan bangsa Sabah.

“Mohamaddin memilih jalan senang dengan membelakangkan mandat yang sudah diberikan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). Tindakannya itu tidak wajar diterima semua pihak.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kita juga persoalkan negara lain mana yang beliau maksudkan?,” katanya ketika mengulas kenyataan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi, yang juga Adun Segama pada Selasa yang tidak bersetuju dengan Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti.

Dari apa yang kita tahu, kata Azhar, di beberapa negara maju serta bertamadun, kalau ada dalam kalangan wakil rakyat melompat parti, secara automatik kerusi yang disandangnya akan kosong dan pilihan raya akan diadakan,” katanya.

Advertisement
Menurut Azhar, setakat ini antara negara yang mempunyai undang-undang anti-lompat termasuklah Singapura, Thailand, India, Israel, Potugal, Bulgaria, Romania, Armenia dan Seychelles.

“Saya tidak nafikan ada juga negara maju yang tidak punyai undang-undang anti-lompat. Tapi jarang kita dengar wakil rakyat lompat dari satu parti ke parti yang lain.
Advertisement
“Ini kerana wakil rakyat di sana sudah matang berpolitik. Majoriti ahli politik atau wakil rakyat di sana sudah sedia stabil dari segi ekonomi sebelum masuk gelanggang politik tapi lain keadaannya di negara kita. “Walaupun bukan semua tapi ada juga yang menggunakan politik untuk menstabilkan ekonomi sendiri. Ini tidak boleh disangkal,” katanya dalam kenyataan media di sini, Selasa.

Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, berkata mengenai hasrat Mohamaddin untuk bertanding semula pada PRU15 akan datang, “Tiada siapa boleh menghalangnya.”

“Saya sebagai sahabat yang pernah bersama-sama dalam satu perjuangan parti sentiasa mendoakan agar beliau dikurniakan kesihatan tubuh badan sekali gus dapat meneruskan karier politiknya.

“Mungkin ramai pihak lawan juga mengalu-alukan keputusan beliau untuk bertanding. Kita doakan beliau sihat dan ada permintaan tinggi untuk beliau bertanding semula di Parlimen Lahad Datu,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here