Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Papar bakal punyai pawagam baharu
Published on: Wednesday, May 11, 2022
Published on: Wed, May 11, 2022
By: David Thien
Text Size:
Text:
Papar bakal punyai pawagam baharu
Delegasi APC bersama Susan.
Kota Kinabalu: Papar akan mempunyai pawagam baharu tidak lama lagi di tapak pembangunan Parklane City berhadapan Pusat Komersial Benoni, memandangkan pawagam di pekan lama Papar telah ditutup lebih 30 tahun lalu.

Dengan perkembangan ini, terdapat prospek besar untuk perniagaan pawagam di Papar dihidupkan semula, hasil usaha Pengarah Urusan Kumpulan SWG Datuk Susan Wong Siew Guen yang menyifatkan ibunya sebagai pencetus idea tersebut.

Advertisement
Beliau mendedahkan perkara ini kepada sekumpulan delegasi Jawatankuasa Kecemerlangan TOP Asia Pasifik (APC) Malaysia Barat dalam lawatan suai kenal pelaburan di Sabah untuk meninjau projek-projek, yang diperkenalkan oleh Presiden APC Sabah Dato’ Seri Winston Liaw dan Pengerusi APC Malaysia Timur Chong Yin Chye.

Susan Wong berkata: “Ibu saya Datin Seri Panglima Chen Si Mui sangat menggemari pawagam kerana semasa zaman mudanya, anak-anak muda akan mengajaknya menonton wayang di pawagam. Dia akan pergi bersama dengan ramai rakan wanitanya. Saya berharap ibu saya dapat menjadi salah seorang pelanggan pertama di pawagam baharu ini apabila ia dibuka.”

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Liaw memberitahu pelawat bahawa Susan adalah pemaju hartanah boleh dipercayai yang berpangkalan di Sabah, dengan banyak projek siap, dan tiada risiko pelabur terpaksa menghadapi isu terbengkalai bagi-bagi projek yang dijalankan oleh Kumpulan SWG.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here