Kota Kinabalu: Polis menahan seorang lelaki bersama 10.4kg disyaki syabu bernilai RM360,000 di Taman Sri Rugading di Tuaran, pada Ahad lepas (8 Mei).Penahanan itu dibuat selepas polis memeriksa sebuah kereta Toyota Prado lelaki itu, yang membawa kepada penemuan bahan yang disimpan di dalam bonet kereta tersebut, sekitar jam 10 malam.
“Tangkapan itu menunjukkan aktiviti pengedaran dadah masih berlaku,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Jauteh Dikun,pada sidang media di sini, Khamis.
Advertisement





