Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pencemaran sungai: Penduduk Rugading mahu tindakan tegas
Published on: Friday, May 13, 2022
Published on: Fri, May 13, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pencemaran sungai: Penduduk Rugading mahu tindakan tegas
Tuaran: Penduduk Kampung Rugading di sini meminta pihak berwajib agar menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak yang disyaki membuang bahan kimia ke dalam Sungai Lingkibing yang didakwa mereka berulang sejak lima tahun lepas.

Penduduk kampung Matnih Teu, 57, berkata masalah pembuangan bahan kimia itu semakin kerap berlaku sejak beberapa bulan lepas dan paling menyeksakan apabila air sungai yang tercemar itu akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Advertisement
Lebih memeritkan apabila bau bahan kimia itu boleh dihidu dari kediamannya yang terletak hanya 50 meter dari tebing sungai seluas kira-kira enam meter kerana sungai berkenaan termasuk dalam kawasan tanah miliknya.

Beliau berkata selain mengeluarkan bau, air sungai itu juga akan bertukar warna kehitaman dan bercampur minyak sehingga ikan-ikan di dalam sungai itu mati dan terapung di permukaan air.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Pembuangan (bahan kimia) ini bukan hari-hari, ada masa tertentu dan pihak Jabatan Alam Sekitar sudah maklum dan datang mengambil sampel air tetapi selepas itu tiada apa-apa (tindakan) dan berlaku lagi (pembuangan bahan kimia),” katanya ketika ditemui Bernama di Kampung Rugading.

Bercerita lanjut, Matnih berkata pembuangan bahan kimia itu dipercayai berpunca dari kilang-kilang yang beroperasi termasuk pembinaan kawasan perumahan berdekatan dengan kampung berkenaan.

Advertisement
“Sepanjang sungai ini sampai ke Sungai Gayang tempat orang kampung biasanya cari lokan, tangkap ikan, cari ketam, udang tetapi sekarang kalau airnya berminyak dan berbau, susahlah cari makan,” katanya.

Kebimbangan sama turut dikongsikan oleh Sidup Latip, 60, kerana kesan pencemaran itu bukan hanya menjejaskan ekosistem sungai tetapi juga kesihatan penduduk kampung apabila ada antara mereka merasa tekak kering, batuk, pening dan loya.

Advertisement
“Saya mencadangkan kepada pihak terlibat (pengilang) supaya wujudkan kolam terlebih dahulu untuk mengumpulkan sisa bahan pepejal mereka untuk dirawat sebelum membuangnya ke sungai,” katanya sambil menegaskan pencemaran sungai itu dipercayai melibatkan pembuangan beribu liter bahan kimia.

Rosviny Manap, 45, berkata pembuangan bahan kimia itu biasanya berlaku apabila hujan lebat dan (mereka yang tidak bertanggungjawab) menjadikan sungai itu sebagai laluan pembuangan sisa kimia kerana ia merentasi kampung berkenaan sebelum ke laut.

Penjawat awam itu berkata meskipun rumahnya terletak 100 meter dari sungai itu, bau bahan kimia itu tetap menusuk ke hidungnya setiap hari, justeru beliau mahu pihak berkaitan mengambil berat isu berkenaan membantu penduduk kampung menyelesaikan masalah sekian lama itu.

“Saya harap ada tindakan daripada pihak berwajib kerana adalah tidak wajar melepaskan bahan kimia ini di kawasan perkampungan sebab kampung ini ramai penduduk, kalau ada yang datang pun hanya melihat tanpa ada penyelesaian,” katanya.

Pada Isnin lepas, alat pengesan hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mendapati wujud bahan sisa berjadual dalam larutan air sungai itu selepas menerima panggilan kecemasan daripada MERS 999 pada 6.34 petang sebelum sepasukan anggota dikerah ke sungai itu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here