Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki didakwa rogol anak tiri dibicara 25 Okt
Published on: Friday, May 13, 2022
Published on: Fri, May 13, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa rogol anak tiri dibicara 25 Okt
Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang didakwa merogol anak tirinya, akan dibicarakan pada 25 dan 26 Okt tahun ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh untuk lelaki itu, yang kesnya dikemukakan untuk penetapan tarikh perbicaraan pada Khamis.

Advertisement
Lelaki itu didakwa merogol anak tirinya yang berusia 10 tahun itu pada jam 3 pagi 23 April 2021 di sebuah rumah di sebuah kampung di Kota Marudu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara lapan tahun dan 30 tahun dan sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan manakala lelaki itu tidak diwakili.

Sementara itu, dalam kes lain, mahkamah menetapkan 3 Ogos tahun ini untuk perbicaraan kes membabitkan seorang lelaki berusia 44 tahun yang didakwa atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis dan memiliki pisau di khalayak ramai tanpa permit.

Advertisement
Maslan Lamang akan dibicarakan selepas dia mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pertama, Maslan didakwa menyebabkan kecederaan kepada Koperal Mohd Firdaus Nor Ahmad, 33, dengan menggunakan sepasang gunting diubah suai pada pukul 1.25 petang 24 Ogos 2020 di bawah tangga di Blok G Taman Puri Warisan, Inanam, di sini.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Maslan didakwa memiliki pisau di tempat awam di tempat dan pada masa yang sama.

Mahkamah memerintahkan Maslan direman lanjut sementara menunggu tarikh perbicaraan itu.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here