Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Banjir: Tujuh PPS masih dibuka, 12 sekolah tutup
Published on: Saturday, May 14, 2022
Published on: Sat, May 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Banjir: Tujuh PPS masih dibuka, 12 sekolah tutup
JAMBATAN di Sungai Walianan dekat Kampung Nahaba runtuh selepas dilanda banjir petang Khamis menyebabkan kira-kira 4,000 penduduk dari lima kampung terputus hubungan. Berita lanjut di muka 2. – fotoBERNAMA
Kota Kinabalu: Sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) mangsa banjir ditutup manakala tujuh lagi PPS masih dibuka pagi Jumaat akibat kejadian banjir berikutan hujan berterusan Isnin lepas di daerah Tenom dan Beaufort.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memberitahu kesemua enam PPS ditutup itu di Tenom, manakala sebanyak lima PPS masih dibuka di daerah itu yang menempatkan 355 mangsa daripada 228 keluarga, dan dua PPS di Beaufort menempatkan 352 mangsa daripada 95 keluarga.

Advertisement
Keseluruhan mangsa banjir menurun pagi Jumaat kepada 707 mangsa daripada 323 keluarga, berbanding 1,433 orang daripada 554 keluarga pada petang Khamis, menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Dr Mistirine Radin berkata sebanyak 12 sekolah di daerah Beaufort dan Tenom melibatkan 1,915 pelajar, masih ditutup pagi Jumaat berikutan kejadian banjir itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menerusi kenyataan, beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak sembilan sekolah di Beaufort melibatkan 1,338 pelajar, manakala tiga sekolah lagi di Tenom membabitkan 577 pelajar.

Katanya, sekolah masih dilimpahi air banjir, berlumpur dan sedang dibersihkan merupakan sebab sekolah berkenaan masih tidak beroperasi, malah beberapa sekolah antaranya Sekolah Kebangsaan (SK) Jabang dan SK Pintas di Beaufort terputus hubungan kerana laluan tidak boleh dilalui kenderaan ringan.

Advertisement
Sekolah ditutup di Beaufort melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lian Hwa,  SK Lago, SK Bangkalalak, SK Garama, SK Mempagar, SK Suasa, SK Lupak, SK Jabang dan SK Pintas manakala di Tenom melibatkan SK Gumisi, SK Ladang Sapong dan SK Nubai, katanya.

Pada Rabu lepas, sebanyak 24 sekolah di dua daerah itu ditutup akibat bencana banjir, melibatkan 17 sekolah di Beaufort dan tujuh sekolah lagi di Tenom.

Advertisement
Dalam pada itu, Jabatan Kerja Raya Sabah dalam kenyataan memberitahu dua jalan di daerah Kota Belud terjejas akibat banjir iaitu Km 78.8 Jalan Kota Kinabalu-Kudat di Kampung Linau dan Km 100 Jalan Kota Kinabalu-Kudat di Kampung Timbang.

Jalan di Km 78.8 tidak boleh dilalui apa-apa kenderaan dan pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Jalan Sangkir 2, manakala Km 100 tidak boleh dilalui kenderaan kecil, menurut kenyataan itu.

Kerja membina laluan sementara bagi Km 36.2 Jalan Tenom-Kuala Tomani yang runtuh pada Selasa lepas telah siap dan boleh dilalui kenderaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here