Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Esscom tumpu robohkan pondohan dalam Operasi Gasak Laut
Published on: Saturday, May 14, 2022
Published on: Sat, May 14, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Esscom tumpu robohkan pondohan dalam Operasi Gasak Laut
LAHAD DATU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) akan melaksanakan Operasi Gasak Laut yang menumpukan perobohan pondohan (pondok kecil) di perairan Si Bogo, Pulau Bangkawan di Kudat pada 18 Mei ini.

Komandernya DCP Hamzah Ahmad berkata operasi itu dilaksanakan sebagai langkah awal menangani pembinaan struktur haram di laut Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang dikhuatiri berpotensi dieksploitasi penjenayah rentas sempadan menjadi ‘staging point’ untuk jenayah penculikan, rompakan dan penyeludupan.

Advertisement
“Hasil tinjauan pasukan keselamatan menerusi aset udara serta pemeriksaan di lapangan, mendapati kewujudan banyak pondohan haram di perairan berkenaan.

“Operasi Gasak ini akan merobohkan sejumlah pondohan yang tidak berpenghuni selain diberikan notis pengosongan kerana bimbang menimbulkan ancaman kepada keselamatan masyarakat serta negara,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dalam pada itu, Hamzah berkata pihak berkuasa akan mengeluarkan notis di bawah peruntukan Seksyen 48(1)(j) Enakmen Taman Taman Sabah 1984 pindahan 2007 serta Akta Imigresen 1959/1963 termasuk undang-undang lain sewaktu operasi itu dilaksanakan.

Sementara itu katanya Esscom pada bila-bila masa akan menggempur pondohan serta bagang yang dibina secara haram di sepanjang perairan Esszone.

Advertisement
“Mana-mana individu atau kumpulan diingatkan segera merobohkan pondohan atau bagang haram berkenaan sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut,” katanya.

Hamzah juga berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pembinaan struktur haram di laut supaya melaporkan kepada Pusat Operasi Esscom pada talian 089-863181 atau melalui aplikasi WhatsApp 011-63311072.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here