Kota Kinabalu: Sabah FC mara ke pusingan ketiga saingan Piala FA selepas menewaskan pasukan Liga Perdana Kelantan United 2-1 pada masa tambahan di Stadium Likas pada Jumaat.Saddil Ramdani, yang kembali daripada tugasan kebangsaan dan hanya diturunkan pada babak kedua, menjadi wira apabila sepakan jarak jauhnya pada minit ke-110 menewaskan penjaga gol Fikri Che Soh.
Advertisement





