Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sasaran jualan barangan Sabah RM25 juta
Published on: Saturday, May 14, 2022
Published on: Sat, May 14, 2022
Text Size:
Text:
Sasaran jualan barangan Sabah RM25 juta
DR JOACHIM berbincang mengenai produk tempatan yang dijual di premis itu.
LABUAN: Lebih banyak produk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Sabah akan tersedia di sini melalui kerjasama pemasaran antara Kementerian Pembangunan Perindustrian, Dewan Perniagaan Usahawan Sabah (DPUS) dan Fasarina Express Mart.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Joachim Gunsalam, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian, berkata program itu dijangka mendapat sambutan baik.

Advertisement
“Semoga objektif program ini dapat dicapai bagi merancakkan lagi PKS, termasuk pembangunan ekonomi di Sabah dan Labuan,” katanya ketika mengadakan lawatan kerja ke Fasarina Express Mart.

Program itu, katanya, adalah selaras dengan usaha Kerajaan Negeri untuk mempergiat promosi dan pemasaran produk PKS tempatan melalui Kempen Beli Barangan Buatan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kempen Beli Barangan Buatan Sabah menetapkan sasaran hasil jualan sebanyak RM25 juta untuk tahun ini. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025. Kementerian saya telah menyusun 17 program yang akan dilaksanakan tahun ini.

“Kempen ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri pada 27 Jan tahun ini, di Ranau dan salah satu objektif kempen ini adalah untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Sabah terhadap produk buatan tempatan,” katanya.

Advertisement
Dr Joachim berkata, selain Labuan, Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) juga akan menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) pada 27 Mei ini.

Beliau berkata MoU itu adalah antara DIDR dan Pasaraya GM Klang Wholesale City dan Segi Cash & Carry Sdn Bhd.

Advertisement
“Program ini akan memasarkan produk PKS Sabah ke pasar raya di semenanjung.

“Saya juga difahamkan bahawa Pasar Raya Segi merupakan pasar raya tempatan yang mempunyai 56 cawangan di seluruh Selangor dan Perak.”

Beliau berharap dengan pelaksanaan program itu, rakyat Sabah yang tinggal di Labuan dan semenanjung akan mendapat bekalan sajian khas Sabah seperti ikan masak kacang hitam, sambal tuhau, sambal bambangan dan pes soto, antara lain.

“Saya sangat mengalu-alukan kerjasama ini kerana dengan cara ini Kementerian dapat membantu menaik taraf sosio-ekonomi dan meningkatkan hasil eksport negeri Sabah,” katanya.

Turut hadir Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian, Mohd Tamin Zainal; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian, Benedick Bisoni dan Pengarah DIDR, Tseu Kei Yue.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here