Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Petani rogol cucu kena 20 tahun, enam sebatan
Published on: Saturday, May 14, 2022
Published on: Sat, May 14, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Petani rogol cucu kena 20 tahun, enam sebatan
Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 52 tahun yang mengambil kesempatan atas cucunya dengan merogolnya, dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan dikenakan enam sebatan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada tertuduh selepas memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah terhadap lelaki itu pada Jumaat.

Advertisement
Lelaki itu didapati bersalah merogol kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu pada 2018 di sebuah bilik sewa di sebuah rumah di Kota Belud.

Dia disabitkan mengikut Seksyen 376(2)(e) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 dan 30 tahun, serta sebatan, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh dia ditangkap dan selepas menjalani hukuman itu, diletakkan di bawah pengawasan polis selama dua tahun.

Semasa rayuan, peguam Saban Sawayan yang mewakili lelaki itu, memohon hukuman ringan dengan mengatakan anak guamnya mempunyai enam anak untuk dijaga dan sejak dia ditahan reman, isterinya tinggal bersendirian di rumah mereka.

Advertisement
Saban juga memohon hukuman sebatan tidak dikenakan ke atas anak guamnya.

Dia memberitahu mahkamah bahawa ia merupakan kesalahan pertama lelaki itu kerana dia tidak mempunyai sebarang rekod sabitan kesalahan sebelum ini.

Advertisement
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mas Izzaty Lokman menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan dan berat atas sebab lelaki itu mengambil kesempatan atas mangsa yang datang ke rumahnya untuk menonton televisyen.

Mas berkata, bagi permohonan tidak dikenakan sebatan, dia berkata tiada dokumen atau laporan perubatan untuk menyokong permohonan itu.

Lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil semasa perbicaraan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here