Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Judi: Empat didenda sejumlah RM5,800
Published on: Saturday, May 14, 2022
Published on: Sat, May 14, 2022
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Judi: Empat didenda sejumlah RM5,800
Kota Kinabalu: Empat orang didenda sejumlah RM5,800 oleh Mahkamah Majistret, Khamis lalu, kerana terlibat dalam kegiatan perjudian.

Mereka ialah Faizal Haniff, 28, Nor Hidayah Jaimi, 29, Ruaina Faisal, 28, dan Jonny Chung, 22, yang mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Majistret Lovely Natasha Charles atas kesalahan itu.

Advertisement
Faizal diperintahkan membayar denda RM2,000 atau penjara tiga bulan kerana bertindak sebagai bookie haram dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Euro 2020 pada jam 2.35 petang 29 Jun 2021 di Tanjung Aru.

Hidayah didenda RM1,500 atau penjara dua bulan kerana memiliki dua keping tiket loteri haram pada jam 5.50 petang 24 Okt 2021 di sebuah salun biliard di pekan Inanam.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ruaina didenda RM1,300 atau penjara dua bulan kerana memiliki dua keping tiket loteri secara haram pada jam 3.50 petang 13 Mac tahun ini, di sebuah kedai di Jalan Burung Keleto sementara Chung didenda RM1,000 atau penjara sebulan kerana memiliki satu tiket loteri tanpa permit pada jam 2.15 petang 11 Jan 2021 di Jalan Minyak Lembaga Padi, Inanam.

Faisal didakwa mengikut Seksyen 6(3)(a) Akta Pertaruhan 1953 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM20,000 dan RM200,000, dan boleh dipenjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Hidayah, Ruaina dan Chung didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam kes lain, seorang wanita berusia 42 tahun didenda RM100 atau penjara seminggu kerana secara menipu mempunyai wang RM12,640 dalam akaun banknya, pada tahun lalu.

Advertisement
Marlinah Rumantis mengaku mempunyai wang itu, iaitu milik Shairini Dira dalam akaun banknya antara 30 Jun 2021 dan 2 Julai tahun yang sama.

Dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 22A (1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100 atau penjara sehingga tiga bulan, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Inspektor Kelvan Elson Maik.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here