SELEPAS dua tahun diadakan secara maya disebabkan kekangan Covid-19, Sugandoi Kaamatan peringkat negeri 2022 akan diadakan dengan penuh gemilang sekali lagi di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang, bermula pada 22 Mei ini.Pengerusi Penganjur Sugandoi Kaamatan, Evaristus Gungkit berkata, mereka menjangkakan pertandingan kali ini adalah sangat sengit di mana 47 wakil dari setiap daerah termasuk dari Johor, Melaka, Putrajaya, Lembah Klang dan Labuan akan berentap merebut gelaran johan Sugandoi kali ini.





