Kota Kinabalu: Selain program kitar semula, kerajaan digesa untuk memperkenalkan program kitar semula secara kolaboratif melibatkan komuniti bagi menekankan lagi inisiatif yang akan memanfaatkan pelbagai lapisan masyarakat di Sabah.Adun Kapayan Jannie Lasimbang berkata kerjasama dalam program sebegini akan menyumbang dalam mempercepatkan pelaksanaan enakmen pengurusan sisa pepejal yang diterima pakai baru-baru ini yang akan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat.





