Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kondo, kereta mewah dirampas
Published on: Monday, May 16, 2022
Published on: Mon, May 16, 2022
Text Size:
Text:
Kondo, kereta mewah dirampas
Tahir dan Christine
Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas sebuah kondominium dan kenderaan mewah hasil dana yang dipindahkan bekas Pengarah Jabatan Air Sabah Ag Mohd Tahir Mohd Talib kepada rakan wanitanya berusia 37 tahun, dipercayai hasil daripada wang RM62 juta itu.Harian Ekspres mengetahui tindakan itu diambil selepas saksi, Christine Fiona Ponsoi memberi keterangan di Mahkamah Khas Rasuah Sabah dalam kes yang sedang berjalan bahawa dia telah diberikan aset yang diperoleh antara 2003 dan 2016 menggunakan wang yang diberikan oleh Ag Mohd Tahir.

Advertisement
Kondominium tiga bilik tidur di Kondominium Puncak Luyang bernilai RM530,000 ketika ia dibeli pada 2014, manakala Toyota Lexus NX200 diberikan kepadanya pada 2015. Kereta itu dibeli atas nama Christine oleh Ag Mohd Tahir.

Graduan kewangan perbankan UMS itu tidak pasti sama ada kereta itu dibayar secara tunai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pekerjaannya sebagai Pegawai Pembangunan Perniagaan untuk sebuah agensi kerajaan, dengan pendapatan RM2,500 sebulan, membolehkannya memohon pinjaman bank RM250,000 untuk rumah itu, dengan Ag Mohd Tahir menyediakan baki wang tunai RM280,000.

Dia juga ingat ada menerima bayaran tunai RM300,000 untuk pengubahsuaian rumah.
Advertisement
Dia diberi wang dalam sampul surat dan diarahkan untuk membayar di bank.

Antara 2014 dan 2016, dia juga telah diserahkan antara RM2,000 dan RM10,000 untuk yuran pengurusan rumah dan ansuran bulanan rumah.

Advertisement
SPRM turut merampas 140 keping wang kertas RM100 dalam beg plastik ungu di dalam beg galas hitam di kondominiumnya, berjumlah RM14,000 dalam bentuk wang tunai.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here