TAWAU: Penganjuran pertandingan Pintu Gerbang Raya mampu menjadi satu lagi daya tarikan pelancong di daerah ini, sekiranya dilaksanakan dalam skala lebih besar.Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, program itu boleh dijadikan produk menarik sempena bulan Ramadan dan Hari Raya pada setiap tahun.
Justeru, beliau mencadangkan agar penganjur aktiviti itu menjalin kerjasama dengan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) pada masa akan datang agar pelaksanaannya lebih menyeluruh dan meriah.
Advertisement





