Kota Kinabalu: Parameter yang harus digunakan untuk menetapkan jumlah Pemberian Khas untuk Sabah adalah dengan merujuk kepada 40 peratus hasil bersih seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Persatuan Undang-undang Sabah (SLS), Roger Chin.Menurutnya, biarpun dengan kemampuan untuk membahaskan isu Pemberian Khas Sabah yang diperuntukkan dalam Perkara 112D, ia tidak menjelaskan dengan lebih mendalam tentang cara menyemak jumlah itu.
“Saya bersetuju 112D tidak menyatakan cara anda menyemak perkara itu. Betul, jadi nampaknya kamu akan masuk, kamu berunding, tetapi bagaimana kamu berunding? Jelas sekali mesti ada titik permulaan.
Advertisement





