Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jaidijah juara Sugandoi Papar
Published on: Wednesday, May 18, 2022
Published on: Wed, May 18, 2022
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Jaidijah juara Sugandoi Papar
JAIDIJAH (tengah) bersama Joel (kiri) dan Alexander (kanan).
JAIDIJAH Jaidi dinobatkan sebagai juara pada pertandingan nyanyian Sugandoi Kaamatan peringkat daerah Papar pada malam Ahad lalu.

Jaidijah memukau penonton dan juri dengan suaranya ketika mempersembahkan Hiti Noh Maso Ku dan Bulangou pada peringkat akhir pertandingan menewaskan empat peserta lain.

Advertisement
Sementara itu, naib juara disandang oleh Joel Moikon yang mempersembahkan Huminodun dan Ginavo Nosinduahan, manakala Alexander Junior Eson yang menyanyikan lagu berjudul Iziau Noh Daa dan Kotumbayahai Noh Dogo memenangi tempat ketiga dalam pertandingan itu.

Pada acara sama, 15 finalis Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Papar memeriahkan pentas dengan busana terbaik mereka untuk Malam Gala UNK.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Salah seorang finalis, Milka Bonong dinobatkan Bazad-bazad Osuau pada malam itu. Di sampingnya ialah Verollia Ho Li Len yang dinobatkan sebagai Bazad-bazad Gaun Ohidang, manakala Esther Marius memenangi gelaran Bazad-bazad Osongon.

Seramai 15 peserta itu akan berentap di UNK Peringkat Daerah di mana tiga daripadanya akan mewakili Papar.

Advertisement
Peserta lain ialah Melonie George Gawis, Vinalyn Atom Jonnik, Lyonna Rozanne Roger, Woni Andrea, Sharlene Adelaide Alexandra, Avila Jane Mujim, Recelme Mc Colen Michael, Rosalina Junim, Vyolla Debra Isidore, Viviern Angel Bernard, Fenny Binjamis dan Michelle Dulin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here