Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sebutan kes lelaki didakwa membunuh 13 Jul
Published on: Wednesday, May 18, 2022
Published on: Wed, May 18, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Sebutan kes lelaki didakwa membunuh 13 Jul
Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menetapkan 13 Julai ini untuk sebutan kes seorang lelaki berusia 37 tahun yang didakwa membunuh seorang lelaki di Kota Belud dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Amelati Parnell menetapkan tarikh itu untuk Masdin Minin semasa pengurusan kes pra-perbicaraan.

Advertisement
Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa semua dokumen telah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Namun pihak pendakwaan memohon tempoh dua bulan untuk menunggu keputusan surat representasi yang ditulis oleh pihak pembelaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pada 15 Dis 2021, Masdin mengaku tidak bersalah membunuh Jaipin Girik, 37, antara jam 1 tengah hari dan 2 petang pada Mac 2020 di hutan Liang, Kg Rampayan Ulu, Kota Belud.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Sementara menunggu tarikh itu, mahkamah memerintahkan Masdin direman lanjut kerana pertuduhan terhadapnya tidak mempunyai peruntukan ikat jamin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli manakala peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah mewakili Masdin.

Advertisement
Sementara itu, dalam kes lain, mahkamah menetapkan 17 Jun ini untuk sebutan lanjut rayuan terhadap pembebasan seorang peguam dan ahli perniagaan daripada pertuduhan menipu seorang lelaki sebanyak RM300,000 berhubung projek kerja tanah di Kudat.

Mahkamah menetapkan tarikh itu bagi Siti Azizah Mohd Yusop, 44, dan Rinius Marung, 54, sementara menunggu alasan penghakiman.

Pihak pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa alasan penghakiman masih belum diterima dan pihak pendakwaan memohon tarikh lain.

Pihak pendakwaan telah merayu terhadap keputusan membebaskan kedua-dua mereka tanpa meminta tertuduh membela diri.

Siti Azizah dan Rinius didakwa menipu seorang lelaki berhubung surat perjanjian projek kerja tanah yang menyebabkan lelaki itu mengeluarkan dua keping cek bernilai RM150,000 setiap satu.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada 10 pagi 10 Nov 2016 di sebuah firma guaman di Api-Api Centre, di sini.

Siti Azizah dan Rinius masing-masing diwakili peguam Amli Nohin dan Luke Ressa Balang.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here