KINABATANGAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dibaham buaya di Ladang Lamag, Sungai Pin, disini, pada Khamis.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah, dalam satu kenyataan, menyatakan mangsa dikenali sebagai Abdul Kadir dan disahkan telah meninggal dunia.
Komander operasi melaporkan mangsa dipercayai telah dibaham buaya ketika menyeberangi sungai melalui jambatan kayu dikawasan itu.
Mangsa telah dijumpai separuh badan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.