Kota Kinabalu: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa memainkan peranan yang sangat positif sebagai ahli keluarga dalam memenuhi semua perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya apa yang sepatutnya diperolehi oleh Keluarga Malaysia Sabah.“Sehubungan itu, satu Jawatankuasa peringkat Persekutuan telah dibentuk dan dipengerusikan oleh saya sebagai Perdana Menteri dan disertai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk tuntutan Sabah melalui MA63,” katanya, ketika melancarkan Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Jumaat.





