Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Lelaki, wanita lindungi PTI didenda RM15,000
Published on: Saturday, May 21, 2022
Published on: Sat, May 21, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lelaki, wanita lindungi PTI didenda RM15,000
Kota Kinabalu: Seorang lelaki dan seorang wanita didenda sejumlah RM15,000 kerana membenarkan pendatang tanpa izin (PTI) tinggal di premis masing-masing.

Choi Kok Kheong, 57, dan Imantana Hamid, 64, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz, kepada pertuduhan terhadap mereka.

Advertisement
Choi didapati membenarkan dua warga Filipina berusia 19 dan 27 tahun, tanpa sebarang dokumen, tinggal di sebuah premis di Jalan Tuaran, di sini pada pukul 11.45 malam 1 Mac tahun ini.

Dia didenda RM5,000 atau penjara dua bulan bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit, di mana dia perlu membayar RM10,000.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Imantana didenda RM5,000 atau penjara dua bulan kerana membenarkan seorang warga Filipina berusia 24 tahun tanpa dokumen tinggal di sebuah rumah di Kg Lumut Sipitang pada pukul 11.40 pagi 16 Mac tahun ini.

Kedua-dua mereka melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 55E(2) Akta Imigresen 1959/63 yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda antara RM5,000 dan RM30,000, atau kedua-duanya, bagi setiap pendatang tanpa izin terbabit.

Advertisement
Mahkamah membenarkan permohonan Choi untuk membayar denda secara ansuran di mana dia perlu membayar RM5,000 dan baki RM5,000 lagi perlu dibayar pada 29 Jun.

Semasa rayuan, mereka meminta hukuman ringan. Pegawai Pendakwa Abdul Lamit dari Jabatan Imigresen hadir untuk pendakwaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here