Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
44 pemuda rebut gelaran Buvazoi Tavantang 2022
Published on: Sunday, May 22, 2022
Published on: Sun, May 22, 2022
By: Ricardo Unto
Text Size:
Text:
44 pemuda rebut gelaran Buvazoi Tavantang 2022
PESERTA Buvazoi Tavantang 2002 Negeri dalam gambar kumpulan.
Kota Kinabalu: Kira-kira 44 pemuda Kadazan Dusun Murut (KDM) dari seluruh Sabah dan cawangan KDCA bakal bersaing untuk merebut gelaran Buvazoi Tavantang 2022 Negeri.

Pengerusi penganjur Buvazoi Tavantang, Casey Jovial berkata, hadiah bernilai lebih RM60,000 menanti pemenang gelaran itu tahun ini.

Advertisement
Beliau juga berkata hadiah menarik akan ditawarkan kepada pemenang lain Buvazoi Tavantang tahun ini atau juga dikenali sebagai Mr Kaamatan (MrK).

“MrK tahun ini menandakan edisi ke-15 dan sejak tahun lalu, ia telah diiktiraf sebagai salah satu acara rasmi Pesta Kaamatan Negeri dan Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) yang dilantik sebagai penyelaras pelaksanaan pertandingan ini,” katanya pada pendaftaran MrK peringkat Negeri pada Sabtu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pengurus Besar LKNS Mackey Apison merasmikan majlis pendaftaran dan penyerahan selempang yang turut dihadiri pemenang MrK 2021 Royvernand Jaydarren.

Casey berkata, selaras dengan tema Pesta Kaamatan tahun ini, “Kaamatan Menjiwai Alam Semulajadi”, pelbagai aktiviti telah disediakan untuk para peserta, termasuk tempoh beberapa hari di sebuah kampung.

Advertisement
“Mereka (peserta) akan menerokai kawasan kampung itu untuk mengenal pasti tumbuh-tumbuhan berfaedah dengan bantuan penduduk kampung dan mereka akan dikehendaki membentangkan penemuan mereka.”

Tambahnya, pada 4 Jun ini, Malam Fesyen Kebudayaan akan diadakan di sebuah hotel di sini di mana peserta akan mempamerkan pakaian kontemporari oleh pereka tempatan.

Advertisement
“Semua finalis juga dikehendaki menyediakan manifesto iaitu ‘tugasan’ peribadi mereka untuk menyumbang kepada budaya kita dan melatih mereka menjadi pemimpin.

“Selain memelihara kebudayaaan, bahasa dan pakaian tradisional kita, MrK juga merupakan wadah untuk finalis menonjolkan bakat mereka. Ramai bekas pemenang dan peserta telah diupah untuk iklan dan industri kreatif,” katanya.

Pada 30 Mei, finalis Mr Kaamatan akan membuat penampilan bersama dengan wakil daerah Unduk Ngadau Kaamatan di Hongkod Koisaan KDCA. Peringkat akhir MrK dijadual diadakan di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Sabah (JKKNS) pada 18 Jun ini.

Pertandingan kebudayaan lelaki ini mula-mula kali diadakan pada 2008 secara kecil-kecilan dan pada 2018, Mr Kaamatan didaftarkan sebagai jenama dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Pada 2017, konsep dan pelaksanaan pertandingan itu ditambah baik dengan pembentukan ahli jawatankuasa baharu, pemilihan tempat baharu dan acara sampingan serta sistem penjurian baharu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here