HARI ini pertandingan nyanyian yang dipanggil Sugandoi Kaamatan 2022 akan mula diadakan di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang. Peringkat akhir diadakan pada 28 Mei untuk tiga kategori iaitu Dazanak, Songkotoun dan Sugandoi Kaamatan.Bagi kebanyakan orang di negeri ini, perkataan Sugandoi bermaksud hanya satu, iaitu pertandingan menyanyi lagu-lagu asal masyarakat Kadazan Dusun Murut dan Rungus (KDMR) setiap tiba Pesta Kaamatan yang dirayakan pada bulan Mei, setiap tahun.





