PAITAN: Semangat kerjasama antara jabatan kerajaan dan masyarakat di Daerah Kecil Paitan perlu diteruskan untuk melancarkan pembangunan di kawasan itu.Menegaskan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sugut, Datuk James Ratib berkata, kerjasama erat pegawai kerajaan dan masyarakat setempat membolehkan pentadbiran daerah kecil itu berkembang serta mengurangkan kerenah birokrasi.





