PAPAR: Adun bebas Sindumin, Datuk Dr Yusof Yaacob, yang permohonannya untuk menyertai semula Umno pada dasarnya telah diterima, mungkin terpaksa menghadapi ketidakpastian sama ada beliau dibenarkan bertanding dalam mana-mana pilihan raya umum.Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata mana-mana bekas pemimpin Umno yang ingin menyertai semula parti perlu mengikut perlembagaan parti di mana beliau perlu menjadi ahli biasa sekurang-kurangnya tiga tahun dan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya umum semasa tempoh itu.





