Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ops carilamat diaktifkan untuk bot tunda dikhuatiri karam, tiga kru dekat Pulau Mantanani
Published on: Monday, May 23, 2022
Published on: Mon, May 23, 2022
Text Size:
Text:
Ops carilamat diaktifkan untuk bot tunda dikhuatiri karam, tiga kru dekat Pulau Mantanani
Kota Kinabalu: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi carilamat bagi mengesan sebuah bot tunda, Mega Jaya 2, bersama tiga kru yang disyaki karam di posisi lebih kurang 35 batu nautika barat laut Pulau Matanani.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, dalam kenyataan media, berkata pengadu yang juga merupakan pemilik bot tunda tersebut telah membuat laporan polis pada jam lebih kurang 9.30 pagi semalam berkaitan kehilangan bot tundanya yang disyaki karam.

Advertisement
Tiga kru , Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan Yee Lih Min, 22, warga tempatan berada di atas bot ketika kejadian berlaku.

Operasi carilamat diaktifkan pada jam lebih kurang 11.00 malam semalam dengan mengatur gerak KM Bistari ke lokasi bot bagi melakukan pemantauan dan pencarian awal. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here