Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Tiga kru bot tunda hilang dekat Pulau Mantanani
Published on: Tuesday, May 24, 2022
Published on: Tue, May 24, 2022
By: Suria Abdullah
Text Size:
Text:
Tiga kru bot tunda hilang dekat Pulau Mantanani
Kota Kinabalu: Operasi mencari tiga kru bot tunda yang dipercayai karam dekat Pulau Mantanani di Kota Belud Ahad lepas, masih berjalan.Mangsa dikenali sebagai Lim Chung Siong, 24, Wilson Paul Joseph, 31 dan Yee Lih Min, 22, berada di atas bot tunda Mega Jaya 2 sebelum kejadian itu, Ahad lepas.

Advertisement
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Labuan, Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli bin Abdullah berkata pihaknya menerima laporan daripada pemilik kapal berkenaan mengenai kehilangan bot tunda itu pada jam 9.30 malam, Ahad lalu.

“Kami dimaklumkan botnya tidak dapat dikesan manakala tiga anak kapal tidak dapat dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, pemiliknya mengesyaki bot tunda itu mungkin karam.

Beliau berkata bot itu dipercayai hilang kira-kira 35 batu nautika ke barat laut Pulau Mantanani.

Advertisement
Mohd Rosli menambah operasi mencari dan menyelamat telah diaktifkan sekitar jam 11 malam.

Usaha mencari dan menyelamat melibatkan pasukan APMM, tentera laut dan polis.

Advertisement
Beliau berkata operasi mencari tertumpu kepada tiga sektor dengan keluasan 176 batu nautika.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat yang boleh membantu dalam kes ini boleh menghubungi pusat operasi maritim kami di talian 088-387774,” kata Mohd Rosli.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here