Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Waris kepada budak bernama Evan Rhodes dicari
Published on: Tuesday, May 24, 2022
Published on: Tue, May 24, 2022
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Waris kepada budak bernama Evan Rhodes dicari
TELUPID: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Tongod sedang mengesan keluarga atau waris kepada seorang kanak-kanak lelaki yang kini dianggar berusia empat tahun dan dikenali sebagai Evan Rhodes (gambar).

Penjaga kanak-kanak itu berkata dia diserahkan ibunya yang juga jirannya, di kediamannya (pengadu) di Taman Chrysanthemum, Batu 1 1/2  Sandakan pada 6 Oktober 2020 iaitu ketika kanak-kanak itu berusia dua tahun.

Advertisement
Ibunya yang hanya dikenali sebagai Mary meminta pengadu menjaga anaknya itu kerana mengatakan ada urusan yang perlu diselesaikan di Tamparuli dan akan mengambil semula anaknya itu selepas selesai urusan berkenaan.

Bagaimanapun, sehingga kini ibu kanak-kanak itu tidak lagi muncul untuk mengambil anaknya, selain pengadu juga telah berusaha menelefonnya berulang kali tetapi gagal.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Laporan polis juga telah dibuat oleh pengadu selaku penjaga sementara kanak-kanak itu pada Mac tahun ini di Balai Polis Beluran untuk rujukan bersama pihak Jabatan Kebajikan. Pelindung Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Daerah Telupid, Arnold Gongora, berkata, orang ramai yang mengenali waris atau keluarga kanak-kanak itu boleh menghubungi pejabat itu atau beliau pada talian 089-521150 atau 087-748837 bagi menyalurkan maklumat berkenaan. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here