Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Syarikat didakwa gagal pastikan keselamatan kawasan kerja
Published on: Tuesday, May 24, 2022
Published on: Tue, May 24, 2022
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Syarikat didakwa gagal pastikan keselamatan kawasan kerja
Kota Kinabalu: Sebuah syarikat didakwa gagal memastikan pintu lif ditutup dengan selamat sehingga menyebabkan kemalangan.

TK Elevator Malaysia Sdn Bhd mengaku tidak bersalah melalui wakilnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim, kepada pertuduhan terhadap syarikat itu pada Isnin.

Advertisement
Syarikat itu sebagai subkontraktor, didakwa gagal menutup dengan selamat atau memagar pintu lif untuk mengelakkan risiko orang terjatuh.

Kesalahan itu didakwa berlaku pada pukul 11.36 pagi 14 Jan tahun ini di pintu lif nombor 4 di tingkat enam Cadangan Pembangunan Komersial Bercampur 25-Tingkat (dengan hak milik Subsidiari untuk dimohon) di Jalan Tun Fuad Stephen, di sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 10 (e) Akta Kilang dan Jentera 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 51 (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000, atau penjara sehingga setahun, atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 8 Jun depan untuk e-semakan dan wakil syarikat itu dilepaskan dengan ikat jamin RM2,000 dan seorang penjamin tempatan yang mempunyai alamat dan pekerjaan tetap.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Jason Liew dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) hadir untuk pendakwaan.

Dalam kes lain, seorang lelaki didakwa mengambil syabu berulang kali.

Advertisement
Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Mahani Sikin @ Jaudin sementara menunggu rekod patologi dan sabitan lampau.

Mahkamah menetapkan 22 Jun untuk sebutan dan memerintahkan Mahani direman sementara menunggu tarikh tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here