Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah meningkat 111 peratus
Published on: Wednesday, May 25, 2022
Published on: Wed, May 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
 Kes penyakit tangan, kaki dan mulut di Sabah meningkat 111 peratus
Kota Kinabalu: Jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Sabah mula menunjukkan trend peningkatan bermula pada Minggu Epidemiologi 14 (ME 14/2022) iaitu dari 3 hingga 9 April lepas dan semakin meningkat dengan ketara pada ME ke-20 dari 15 hingga 21 Mei.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata pada ME ke-20, sebanyak 702 kes HFMD dilaporkan meningkat sebanyak 111 peratus berbanding pada ME ke-19 iaitu hanya 333 kes.

Advertisement
Beliau berkata kumulatif kes HFMD di Sabah sehingga ME ke-20 adalah sebanyak 3,351 kes dan peningkatan ini sangat tinggi jika dibandingkan dengan 63 kes dalam tempoh yang sama pada 2021.

“Lima daerah yang melaporkan kes tertinggi ialah Tawau (541 kes), Sandakan (451 kes), Lahad Datu (325 kes), Papar (309 kes) dan Kota Belud (269 kes). Setakat ini tiada kes kematian dilaporkan disebabkan oleh HFMD di Sabah,” katanya menerusi kenyataan di sini pada Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dr Rose Nani berkata transmisi jangkitan majoritinya berlaku di rumah persendirian atau pusat-pusat pendidikan awal.

Beliau berkata aktiviti kawalan sedang dijalankan oleh pejabat kesihatan daerah dengan mengadakan sesi dialog awam bersama agensi berkaitan serta pengusaha pusat pendidikan awal bagi meningkatkan pemahaman serta kesedaran mengenai penyakit HFMD.

Advertisement
“Saringan setiap hari terhadap kanak-kanak sebelum masuk ke pusat pendidikan awal dilaksanakan oleh pengusaha pusat tersebut dan kanak-kanak yang bergejala HFMD akan diasing di rumah masing-masing,” katanya yang turut memaklumkan hebahan mengenai HFMD turut disalurkan melalui bual bicara radio, media sosial, info grafik dan kenyataan media.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here