Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri akan mengadakan sesi dialog awam bersama pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) bulan depan untuk mencapai kata sepakat mengenai penyelesaian masalah pendatang asing di Sabah.Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan yang mengetuai Jawatankuasa Khas Pekerja Asing Tanpa Dokumen dan Warga Asing berkata perbincangan itu akan diadakan pada 2 Jun.





