Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Mara peruntuk lebih RM92 juta tingkat produktiviti usahawan Sabah
Published on: Wednesday, May 25, 2022
Published on: Wed, May 25, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mara peruntuk lebih RM92 juta tingkat produktiviti usahawan Sabah
SANDAKAN: Lebih RM92 juta diperuntukkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi membantu meningkatkan produktiviti usahawan di Sabah agar lebih berdaya saing seiring tekanan ekonomi semasa.

Pengerusinya Datuk Azizah Mohd. Dun berkata dana itu diperuntukkan sejak negara dilanda pandemik Covid-19 pada 2020 hingga April lepas.

Advertisement
“Pelbagai usaha juga dilakukan oleh Mara untuk usahawan, antaranya ialah Program Mara Prihatin: Peace of Mind 4.0 bertujuan meringankan beban peminjam bantuan pelajaran dan pembiayaan perniagaan Mara khususnya kepada individu yang terjejas pandemik berkenaan.

“Para peminjam Mara diminta tidak melepaskan peluang kemudahan yang dilaksanakan oleh Mara bagi meringankan beban kewangan yang dihadapi ekoran pandemik Covid-19 sepanjang lebih dua tahun lepas,” katanya ketika merasmikan Pelancaran Program Peace of Mind 4.0 dan Majlis Apresiasi Usahawan Mara Sabah 2022 di sini malam Isnin lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Azizah, bagi peminjam pembiayaan perniagaan Mara pula, agensi tersebut menyediakan kemudahan Program Pemulihan Kredit melalui kaedah penjadualan dan penstrukturan semula bayaran balik.

Katanya, kemudahan itu memberi peluang kedua kepada pelanggan untuk membuat bayaran dengan melanjutkan tempoh biaya sehingga 10 tahun.

Advertisement
Ahli Parlimen Beaufort itu berharap inisiatif berkenaan dapat membantu para peminjam mengurangkan komitmen bayaran ansuran agar dapat memperbaiki semula kedudukan kewangan syarikat mereka.

“Malah, melalui inisiatif ini, mereka (peminjam pembiayaan perniagaan Mara) berpeluang menangguhkan tindakan perundangan yang sepatutnya dikenakan terhadap peminjam selain memberi peluang kedua untuk menambah baik kedudukan kredit dengan Mara,” jelasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here