Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Penjawat awam cabul remaja dijel 20 tahun
Published on: Wednesday, May 25, 2022
Published on: Wed, May 25, 2022
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Penjawat awam cabul remaja  dijel 20 tahun
TAWAU: Seorang penjawat awam berusia 46 tahun dipenjara 20 tahun dan dikenakan enam sebatan rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, pada Selasa, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 15 tahun.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh selepas didapati bersalah bagi kedua-dua pertuduhan.
Advertisement
Tertuduh didakwa mencabul mangsa di dalam tandas sebuah rumah kuarters kerajaan di Jalan Air Panas pada jam 3.30 pagi, 12 Januari 2021.

Kedua-dua perbuatannya melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang juga anak rakannya itu, dilakukan di lokasi dan tarikh yang sama.
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Hakim menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan rotan bagi setiap pertuduhan ke atas tertuduh dan dijalankan secara serentak, manakala hukuman sebatan secara berasingan. Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) bagi kedua-dua pertuduhan.
Advertisement
Fakta kes menunjukkan, mangsa dan bapanya datang ke rumah tertuduh untuk berubat cara kampung kerana masalah gangguan makhluk halus. Tertuduh pada awalnya memberi rawatan di ruang tamu sebelum memaklumkan untuk memandikan mangsa di dalam tandas, di mana dia mencabulnya.
Advertisement
Timbalan Pendakwaraya, Mohd Suhaimi Suriana tampil mendakwa, manakala tertuduh diwakili AG Amli Noraufe AG Nohin. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here