SANDAKAN: Polis berjaya membuat tangkapan terhadap 21 pelajar dan seorang bekas pelajar dari tiga buah sekolah berasingan di daerah ini bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Jalan Elopura, Bandar Sandakan, pada petang Selasa.
Kesemua mereka dalam lingkungan umur 14 hingga 18 tahun disyaki terlibat dalam pergaduhan pelajar seperti yang tular dalam rakaman video sejak Selasa.
Siasatan awal juga mendapati pergaduhan itu berpunca dari salah faham antara mereka.