Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Atlet gimnastik Sabah sertai kejohanan di Singapura
Published on: Friday, May 27, 2022
Published on: Fri, May 27, 2022
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Atlet gimnastik Sabah sertai kejohanan di Singapura
PASUKAN gimnastik negeri sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Rabu lalu.
Kota Kinabalu: Atlet gimnastik Sabah yang akan bersaing di Sukma akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Gimnastik Terbuka Singapura ke-17 di Dewan Sukan Bishan yang dijadualkan bermula hari ini.

Jurulatih Liew Tong Ee berkata penyertaan mereka itu adalah sebahagian daripada persiapan pasukan terdiri daripada enam lelaki dan enam wanita untuk menghadapi Sukma.

Advertisement
“Kami tidak menetapkan sebarang sasaran untuk mereka. Ia sebahagian daripada program latihan untuk mempersiapkan mereka untuk temasya Sukma pada September nanti.

“Ia pasti sangat sukar dengan kehadiran pasukan kebangsaan Malaysia serta atlet dari Hong Kong, Bangladesh, Indonesia dan tuan rumah,” katanya pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Sukan Sabah, Lembaga Sukan Sabah, Presiden Persatuan Gimnastik Sabah Dr Judy Mahibol, pengurus pasukan Marilyn Buseong serta jurulatih dan ibu bapa atas sokongan mereka. Sementara itu, enam atlet lelaki yang akan mengambil bahagian dalam senam lantai, kekuda pelana, gelang, palang sejajar dan palang lintang ialah Brandon Denoley Luise, Ammar Zafi bin Firdaus @ Silvester, Abd Izzat Daniel bin Abd Rauf, Charlie Richie Cheong, Jacob Hezron Andreas dan Liew Jun Xiang.

Advertisement
Sementara enam atlet wanita yang akan mengambil bahagian dalam senam lantai, batang titian, palang bertingkat dan lombol ialah Ammanda Wong Yeah Chean, Cherfie Resie Chong, Felicity Grace Sew Pei En, Jill Avie Horatio, Jenniesia Jiniol dan Nur Farisha Atiqah binti Shuaili.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here