Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Salur maklumat jika ada seleweng minyak masak
Published on: Friday, May 27, 2022
Published on: Fri, May 27, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Salur maklumat jika ada seleweng minyak masak
Nanta (kiri) memeriksa tanda harga minyak masak paket yang dijual di sebuah pasaraya ketika tinjauan itu. Turut kelihatan ialah Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Azman Adam (kanan). – fotoBERNAMA
SANDAKAN: Pengguna di Sabah terutama di pantai timur, diminta menyalurkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) jika berlaku penyelewengan dalam penjualan minyak masak.

Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata biarpun pihak penguatkuasaan KPDNHEP menjalankan siasatan secara berterusan, maklumat daripada masyarakat juga berguna dalam membanteras penyelewengan itu.

Advertisement
“Mungkin ada penyelewengan (minyak masak) berlaku yang kami tidak tahu, jadi kami berharap ada kerjasama daripada semua pihak.

“Jangan takut sebab kami ada pelbagai saluran untuk aduan dan maklum balas yang boleh sampai ke pihak kami (kementerian),” katanya selepas meninjau harga dan bekalan barangan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Kaamatan 2022 di sini, pada Khamis.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Nanta ditanya pemberita mengenai isu penyelewengan minyak masak bersubsidi di pantai timur Sabah, sama ada dijual ke negara jiran atau minyak masak paket dibungkus semula sebelum dijual di pasaran tempatan pada harga tinggi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mengenai SHMMP, beliau berkata maklum balas yang diterima KPDNHEP mendapati bekalan barangan terlibat mencukupi di Sabah.

Advertisement
“Kami sentiasa sensitif dan prihatin dengan keadaan bekalan barangan keperluan lebih-lebih lagi ketika musim perayaan, baru-baru ini kami merayakan Aidilfitri dan beberapa hari lagi Pesta Kaamatan di Sabah dan Gawai di Sarawak,” tambahnya.

Nanta turut memberitahu Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) dipanjangkan ke Sandakan selama tiga hari bermula esok di pasar raya besar Bataras, dengan pengguna boleh menikmati potongan harga lima hingga 20 peratus bagi barang keperluan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here