Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Sabah promosi kembara menyelam di MIDE
Published on: Friday, May 27, 2022
Published on: Fri, May 27, 2022
Text Size:
Text:
Sabah promosi kembara menyelam di MIDE
Kota Kinabalu: Sabah berada di landasan tepat untuk menggiatkan semula industri pelancongan marin negeri dengan mempromosikan tapak menyelamnya yang banyak ke seluruh dunia.

Dalam usaha ini, pasukan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), bersama beberapa pemain utama, mengambil bahagian dalam Ekspo Menyelam Antarabangsa Malaysia (MIDE) selama tiga hari di Pusat Dagangan Dunia di Kuala Lumpur.

Advertisement
Pameran selam skuba yang dinanti-nantikan itu, yang bermula hari ini (27 Mei), juga akan menyaksikan bekas duta pelancongan Malaysia bagi menyelam dan perintis industri menyelam di Sabah, Clement Lee, menyampaikan ceramah mengenai ‘Sabah Underwater Uncapped’ esok (28 Mei).

Pembentangan itu, antara lain, dijangka menonjolkan banyak tapak menyelam, termasuk Blue Ring Reef dan penyelaman kapal karam di Lahad Datu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebagai salah satu sukan rekreasi yang paling pesat berkembang di dunia, Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman berkata selam skuba menyumbang kepada pertumbuhan baik pelancongan Sabah selama ini, dengan penyelam antarabangsa melawat negeri itu untuk menerokai alam bawah airnya.

“Kami memerhatikan pertumbuhan pendapatan aktiviti menyelam sebelum pandemik, di mana ia meningkat daripada RM799.8 juta pada 2018 kepada RM821 juta pada tahun berikutnya.

Advertisement
“Trend ini mencerminkan peningkatan jumlah ketibaan pengunjung ke tapak menyelam di Sabah, masing-masing menyaksikan 133,921 ketibaan pada 2018 dan 137,749 ketibaan pada 2019,” katanya.

Angka 2018 itu merangkumi 127,551 ketibaan antarabangsa dan 6,370 ketibaan domestik, manakala statistik 2019 merangkumi 130,604 ketibaan asing dan 7,145 ketibaan domestik.

Advertisement
Menurut data Pelancongan Sabah 2019, China (termasuk Hong Kong) mempunyai pelawat antarabangsa paling ramai ke tapak menyelam Sabah, dengan 99,714 ketibaan.

Ini diikuti oleh Taiwan (1,561); Amerika Syarikat (766); United Kingdom dan Ireland (595); dan Singapura (506).

“Sabah bukan sahaja mempunyai tarikan pergunungan dan budaya tetapi juga destinasi selam skuba utama, di mana beberapa tempat menyelam terbaik di dunia boleh diterokai di negeri ini.

“Ia sungguh memberangsangkan bila melihat pertumbuhan 11 peratus domestik pada 2019, membayangkan bahawa kesedaran dan minat untuk menyelam di Sabah telah meningkat. Oleh itu, kami menggalakkan rakyat Malaysia meneroka aktiviti ini untuk sama-sama memahami kenapa tapak selam kita menjadi tarikan pengembara,” kata Noredah.

Walaupun kehilangan pelancong dengan minat khas itu semasa pandemik, Noredah optimis industri menyelam akan bangkit dan menegaskan komitmen STB untuk mempamerkan keindahan Sabah dari puncak gunung hingga ke laut biru sambil menggalakkan pemain pelancongan untuk melakukan perkara yang sama.

Pasukan STB akan disertai oleh GTS Travel Sdn Bhd dan Borneo Divers Sdn Bhd untuk mempromosikan keindahan bawah laut Sabah di MIDE.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here