Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis buru suspek kes tetak di Kota Marudu
Published on: Saturday, May 28, 2022
Published on: Sat, May 28, 2022
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Polis buru suspek kes tetak di Kota Marudu
Suspek (kiri)
KOTA MARUDU: Polis di sini sedang menjejaki seorang lelaki berumur 34 tahun untuk membantu siasatan satu kes pergaduhan yang melibatkan kecederaan parah di Pusat Komersil Langkon, di sini, baru-baru ini.

Suspek, Ramlie Awang, dipercayai telah meninggalkan darah itu selepas menetak seorang lelaki menggunakan sebilah parang  dalam kejadian sekitar jam 6.30 petang, Rabu lepas.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, mangsa berumur 26 tahun itu mengalami luka sepanjang 10cm pada bahagian kiri kepala serta retak tempurung kepala. Bagaimanapun, mangsa dilaporkan stabil setelah diberikan rawatan.

Menurut Zairolnizal, siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca dari rasa tidak berpuas hati mangsa terhadap suspek yang pernah memukulnya dalam satu majlis perkahwinan di Kampung Ranau di sini, tujuh tahun lalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Siasatan awal mendapati, kira-kira pada jam 6 petang, semasa sedang makan bersama sepupunya di sebuah restoran, mangsa ternampak suspek di luar kedai dan menghampirinya.

“Mangsa kemudian menolak dagu suspek dan suspek bertindak balas dengan mengambil sebilah parang yang ada di dalam keretanya kemudian mengejar mangsa dan bertindak menetak kepala mangsa menggunakan parang itu.
Advertisement
“Sepupu mangsa bertindak meleraikan pergelutan itu dan merampas parang daripada suspek. “Suspek kemudian melarikan diri menggunakan kereta jenis Proton Saga Sedan berwarna putih dengan nombor pendaftaran palsu,” katanya sambil menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Sehubungan itu, Zairolnizal memohon kerjasama orang ramai yang mengetahui keberadaan suspek agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here