Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pantai timur Sabah berpotensi bangun pelancongan astronomi
Published on: Wednesday, June 01, 2022
Published on: Wed, Jun 01, 2022
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pantai timur Sabah berpotensi bangun pelancongan astronomi
ADHAM (empat, kanan) mencerap ruang angkasa menggunakan teleskop sebagai simbolik perasmian program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah 2022. Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan (dua, kiri).
SANDAKAN: Pantai timur Sabah berpotensi dibangunkan dengan pelancongan astronomi di Sabah, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.“Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah mengenal pasti lokasi terbaik untuk kita (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi atau Mosti) melihat bintang dan langit di kawasan ini yang mana kita mendapati pencemaran cahaya adalah amat kurang.

Advertisement
“Kita melihat bintang dan langit di waktu malam adalah satu daripada posisi penting dan berpotensi kepada astro pelancongan, yang mana dengan bantuan dan penglibatan KSTI dan Mosti, kita boleh jayakan dengan pembiayaan Yayasan Inovasi Malaysia dan Sandbox Teknologi Dan Inovasi Nasional,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Jelajah Astronomi Pantai Timur Sabah di sini, Selasa.

Adham berkata sebuah taman astro juga dalam perancangan kewujudannya di Sandakan, yang berpotensi menarik masyarakat astronomi di peringkat nasional dan antarabangsa ke sini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut mengumumkan Mosti dengan kerjasama KSTI akan membangunkan sebuah Pusat Sains Negara di Kota Kinabalu yang akan membantu dalam mempertingkatkan prestasi sains, teknologi dan inovasi di Sabah.

Adham turut melancarkan satu program khusus bagi melibatkan penyertaan golongan kurang upaya (OKU) dalam bidang astronomi dikenali sebagai Space Insight Planetarium Golden Heart, yang memberi peluang golongan itu, khususnya OKU penglihatan menggunakan teknologi buku Braille meneroka bidang itu.

Advertisement
Program tiga hari yang akan berakhir esok (2 Jun) diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan dengan pelbagai demonstrasi dan aktiviti interaktif untuk seisi keluarga.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here